TIGA kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) dikhabarkan menaruh minat terhadap pemain Inter Milan, Mauro Icardi. Chelsea, Liverpool dan Manchester City bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan penyerang Inter Milan itu. Dilaporkan bahawa Liverpool, Manchester City, dan Chelsea menghantar wakil mereka untuk menyaksikan aksi perlawanan Mauro Icardi. Dalam perlawanan sebelum ini, Icardi meraih dua gol untuk memenangkan Inter Milan dengan 3-0. Ketiga-tiga kelab itu dikatakan semakin serius untuk mendapatkan khidmat Icardi. Sememangnya bukan menjadi rahsia lagi memandangkan prestasi Icardi pada musim ini begitu memuaskan sehingga mampu meraih perhatian kelab gergasi. Ini kerana Icardi telah pun berjaya mencatatkan 22 jaringan daripada 44 perlawanan bersama Inter Milan. Sehubungan itu, masa depan pemain yang berasal dari Argentina ini akan semakin menarik diperbincangkan menjelang perpindahan pemain pada musim panas nanti.