suria

Laudrup Dijangka Jadi Pilihan Utama Urus QPR

MICHAEL Laudrup dijangka menjadi pilihan utama untuk menguruskan skuad Queens Park Rangers (QPR) bagi menggantikan Harry Redknapp yang telah meletak jawatan awal bulan ini.

Selain Laudrup, Tim Sheerwood juga dikaitkan dengan kelab ini.

Pengerusi kelab, Tan Sri Tony Fernandes berkata di laman Twitter miliknya bahawa beliau sudah menemui pengurus 'impian' bagi menggantikan Redknapp.




Laudrup,50, kini melatih skuad di Qatar selepas dua tahun bersama Swansea City sebelum dipecat tahun lalu.

Ketika bersama kelab selatan Wales itu, Laudrup berjaya mecipta sejarah merangkul trofi pertama menjulang juara Piala Capital One 2012/13 pada musim pertama kendaliannya.

Manakala Sherwood yang turut menjadi sebutan selepas pengunduran Redknapp dipercayai ada membuat perbincangan dengan QPR minggu lalu.

Sherwood pernah bekerja bersama Redknapp ketika di Tottenham sebelum ini.

Sementara itu, Chris Ramsey dilantik sebagai pengurus sementara di Loftus Road.

michael laudrup, tony fernandes, QPR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia