suria

Chelsea Kekal di Puncak Liga

LONDON: Kejayaan Chelsea menewaskan Everton 1- 0 pada awal pagi Khamis terus mengukuhkan kedudukan Chelsea sebagai peneraju Liga Perdana Inggeris.

Pasukan bimbingan Jose Mourinho ini menjarakkan diri daripada Manchester City yang juga juara bertahan musim lalu dengan kelebihan tujuh mata. 

Sementara itu, City terpaksa berpuas hati di tangga kedua, biarpun pasukan anak Manuel Pellegrini mencatatkan kemenangan bergaya menewaskan Stoke City 4-1 di gelanggang lawan.

Chelsea mengesahkan tiga mata penuh hasil jaringan Willian pada minit ke-89. 

Gol itu hadir seminit selepas pemain tengah itu dikasari yang menyaksikan pemain tengah Everton, Gareth Barry dibuang padang selepas menerima layangan kad kuning kedua.

Kemenangan ini mengendurkan peluang City merapatkan jurang mata dengan Chelsea pada malam yang menyaksikan Sergio Aguero menyumbat dua gol untuk menamatkan kemarau tanpa menang daripada empat perlawanan.

"Kami tidak memikirkan Chelsea," kata pengurus City, Pellegrini.

"Jika mereka cicir mata ia bagus untuk kami tetapi apa yang lebih penting pasukan kami kembali semula ke landasan kemenangan." - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Copa del Rey

Artikel Lain