suria

Scholes Dakwa Man United Sengsara Dengan Van Gaal

BEKAS pemain tengah Manchester United, Paul Scholes mendedahkan kelab lamanya itu 'sengsara' di bawah pengurusan Louis van Gaal.
|
Biarpun Van Gaal berjaya meletakkan Man United di tangga ketiga pada musim pertama kendaliannya, namun timbul kritikan dengan corak permainan yang diketengahkan oleh jurulatih dari Belanda itu.

Katanya: "Sebahagian pemain di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson berasa amat penting untuk bermain di bahagian serangan, yang mana kamu memiliki ruang dan peluang untuk mencipta jaringan. Ia bukan satu pilihan, tetapi tugas wajib.

"Sepanjang tempoh karier saya, apabila saya berhenti menghantar bola atau mengelak daripada berdepan dengan risiko pemain lawan, kemungkinannya adalah sama. Dan pengurus terus tidak memilih sehinggalah saya kembali mengikut apa yang dia mahukan.

"Sejarah bola sepak United lebih kepada aksi serangan. Kenapa United menpunyai penjaga gol terbaik di dunia beberapa tahun sebelum ini? Kerana pasukan sangat komited dengan pemain serangan dan mereka ini diperlukan.

"Tidak ada apa-apa yang saya boleh banggakan ketika menyaksikan pasukan Louis van Gaal meraikan saat-saat indah mereka.

"Mereka menewaskan Burnley pada aksi Rabu lalu, namun sebenarnya Burnley jauh lebih baik pada aksi babak pertama.

"Buat masa ini, bola sepak United sangat menyedihkan. Untuk menewaskan pihak lawan, kamu mesti menyerang dan perlu ambil risiko. Beberapa pemain yang ada sekarang dilihat bersedia untuk mengambil risiko itu," katanya.

Sebagai rekod, Scholes mencatat 155 gol bersama United ketika zaman kegemilangan sebelum ini dan kini tertanya-tanya mengapa Van Gaal meletakkan kapten Wayne Rooney di bahagian tengah.

"Kami mempunyai sekurang-kurangnya dua penyerang, Robin van Persie dan Radamel Falcao. Mereka seperti hilang arah, manakala Rooney dalam posisi untuk menyesuaikan diri," tambah Scholes lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain