suria

Chelsea Dianggap Menyesal Lepaskan Kevin De Bruyne - Wolfsburg

Kevin De Bruyne. Foto AFP

PENGARAH sukan Wolfsburg, Klaus Allofs menyifatkan Chelsea menyesal melepaskan pemain seperti Kevin De Bruyne. 

Menurut Allofs, De Bruyne merupakan pemain yang berprestasi tinggi.

Seperti yang diketahui sebelum ini, Chelsea melepaskan Kevin De Bruyne pada Januari tahun lalu. 

De Bruyne dilepaskan kerana gagal bersaing dengan rakan pasukannya seperti Eden Hazard dan Oscar.

De Bruyne akhirnya memasuki Wolfsburg dan sekali gus memainkan peranan penting dalam kelab di liga Bundesliga Jerman. 

Musim ini sahaja, pemain kelahiran Belgium itu berjaya membawa kelabnya ke posisi kedua tertinggi dalam liga itu dengan menyumbangkan lapan gol.

Oleh itu, Allofs berpendapat bahawa Chelsea pasti merasa menyesal sekiranya melepaskan De Bruyne tahun lalu.

"Kami menyaksikan perkembangan Kevin De Bruyne sewaktu dia di Chelsea. Kini, semua telah terbukti mengapa mereka ragu-ragu untuk melepaskannya pergi," tambah Allofs.

Kevin De Bruyne

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia