ARSENAL mara ke suku akhir Piala FA Inggeris selepas Oliver Giroud meledak dua gol pada aksi menewaskan Middlesbrough 2-0 di Stadium Emirates awal pagi Isnin. The Gunners menguasai permainan sejak wisel permulaan dibunyikan. | Giroud membuka jaringan seawal minir ke-27 permainan selepas mendapat hantaran sempurna daripada Santi Cazorla dan Kiran Gibbs. Dua minit kemudian, pemain antarabangsa Perancis ini meletakkan Arsenal di depan apabila menyempurkan jaringan menarik dengan melakukan lipasan berdekatan dengan gol lawan. Sementara itu, penyerang Jerman Mesut Ozil mencatat tujuh kali percubaan ke arah gol yang menyaksikan rekod terbanyak berbanding pemain-pemain lain untuk aksi Piala FA minggu ini. Kemenangan ini juga menjadi saksi Arsenal mara ke suku akhir sebanyak 11 kali di bawah pengurusan Arsene Wenger. Malah mereka berjaya mara ke final sebanyak sembilan kali daripada 10 aksi sebelum ini. Giroud kini mencatat tujuh gol dan empat kali sebagai pembantu dalam sebelas kali aksi Piala FA. Senarai pemain: Arsenal: Szczesny, Gibbs, Gabriel, Koscielny, Chambers, Cazorla, Flamini, Sanchez , Ozil , Welbeck, Giroud. (simpanan): Walcott , Rosicky , Akpom. " Middlesbrough: Mejias, Fredericks, Omeruo, Gibson , Friend, Clayton, Leadbitter, Adomah, Tomlin, Bamford, Kike. (simpanan): Reach, Vossen.