suria

Kolo Toure Bersara Daripada Aksi Antarabangsa

Toure bersama trofi kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika.

PEMAIN pertahanan Ivory Coast, Kolo Toure mengambil keputusan bersara daripada aksi antarabangsa selepas 15 tahun berkhidmat untuk negaranya.

Toure,33, membuat keputusan ketika prestasinya berada di puncak dengan membantu negaranya menjulang trofi Negara-Negara Afrika minggu lalu.

Bintang Liverpool ini turut menyempurnakan sepakan penalti sebelum menang 9-8 ke atas Ghana ketika aksi final yang berlangsung di Equatorial Guinea.

"Dengan perasaan teruja, saya mengumumkan sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal," jelas Toure di stesen TV saluran RTI.

"Impian saya untuk menjulang Piala Negara-Negara Afrika dan hakikatnya bukan mudah untuk membuat keputusan ini.

"Saya cintakan negara saya, lebih-lebih lagi bola sepak, tetapi pada satu tahap akan tiba masanya untuk berhenti".

Toure membuat penampilan pertama bersama Ivory Coast pada tahun 2000, mencatat 100 kap termasuk beraksi pada Piala Dunia sebanyak tiga kali.

Kolo Toure, Ivory Coast, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain