PELUMBA McLaren-Honda Fernando Alonso belum pasti jenteranya 'sempurna' menjelang perlumbaan pertama 2015 kerana terlalu banyak perkara yang kurang menyakinkan timbul ketika aksi ujian pra musim. Sebelum ini masalah berkaitan jentera MP4-30 timbul ketika aksi enam hari pra musim berlangsung, dan pengarah McLaren Eric Boullier mendedahkan 50 peratus 'kerja-kerja pasukan' ada dalam perancangan sesi ujian ini. Alonso menamatkan 59 pusingan di Barcelona pada Jumaat dan dalam sama McLaren terpaksa menghadkan mengguna enjin baharu Honda sebelum masalah yang timbul diperbaiki. Alonso memberitahu kepada media bahawa McLaren kekurangan masa untuk menyediakan jentera sempurna menjelang perlumbaan di Grand Prix Australia bulan depan. "Kami akan tiba di Australia dan berharap agar aksi di sana akan berlangsung pada bulan Jun atau Julai, tetapi sebaliknya ia bulan Mac. Saya tidak pasti sama ada kami sudah bersedia atau tidak," jelasnya. "Apa yang pasti saya akan cuba yang terbaik. Hanya enam hari ujian pra musim berlangsung dan selepas itu akan terus ke Australia. "Jadi masa yang singkat ini akan memberi diberi fokus untuk mengenali jentera dengan lebih dekat. "Hari ini kami ada beberapa pembaharuan dan memperbaiki masalah yang timbul. "Walaupun hanya tinggal 20 hari sahaja lagi, kami tetap gembira dengan perancangan yang dibuat setakat ini".