suria

David Silva Ungguli Kemenangan Man City Ke Atas Newcastle

David Silva (empat dari kanan) menjaringkan gol keempat buat Manchester United ketika pasukan itu menentang Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester awal pagi Ahad. Foto AFP

MANCHESTER City menundukkan Newcastle United menerusi jaringan 5-0 di mana pemain David Silva mengungguli kemenangan itu dengan dua gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester pada awal pagi Ahad.

Pasukan itu meraih gol pembukaan pada minit ke-2 menerusi sepakan penalti Sergip Aguero apabila Edin Dzeko dijatuhkan pemain lawan, Vurnon Anita.

Keunggulan terus berpihak kepada Man City apabila menjaringkan gol kedua 10 minit kemudian menerusi aksi Samir Nasri di kotak penalti.

Hanya berselang sembilan minit iaitu pada minit ke-21, Man City semakin mengukuhkan kedudukannya menerusi jaringan Dzeko yang memanfaatkan umpan David Sliva di kotak penalti. Tiga mata itu terus kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan antara Man City dan Newcastle.

Pada babak kedua, Man City terus menunjukkan taringnya apabila Silva mencatatkan dua gol pada minit ke-51 dan 53 menerusi strategi gandingan Nasri dan Aguero.

Pemain kelahiran Sepanyol itu dikatakan menjadi pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini membawa Man City terus mara pada kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris di bawah Chelsea yang hanya berbeza lima mata sahaja. 


 


Manchester City, David Silva

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain