KETUA pasukan Manchester City, Vincent Kompany mengakui kelab itu lebih bimbang terhadap aksi skuad Stoke City berbanding Barcelona. Kompany memberi reaksi tersebut menjelang perlawanan menentang Barcelona di Stadium Etihad dalam saingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah. Anak didik Manuel Pellegrini mempunyai misi penting untuk membalas dendam terhadap kekalahan 4-1 kepada Barcelona pada peringkat sama tahun lalu. Bagaimanapun, Kompany menyatakan bahawa rakan sepasukannya tidak mengalami sebarang tekanan untuk menewaskan Barcelona. "Kami tidak takutkan kamu (Barcelona). Kami tidak akan sampai ke tahap ini jika takut untuk menyerang. Kami mahu menentang mereka. Ini merupakan kali ketiga kami berhadapan mereka dalam tempoh 12 bulan. "Tiada apa yang perlu dirisaukan. Ia perkara biasa bagi setiap pasukan apabila bersaing di peringkat lebih tinggi," katanya.