PETALING JAYA: Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim mengakui para jurulatih yang terlibat dengan program itu masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pelan yang disediakan.
Teong Kim yang dilantik menerajui PPBN oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tahun lalu bagaimana pun tidak terlalu memberi tekanan kepada jurulatih-jurulatih terbabit dalam proses melaksanakan pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi.
"Banyak ruang untuk semua jurulatih menambah ilmu kejurulatihan mereka.
"Buat masa sekarang mereka masih cuba menyesuaikan diri dengan program yang diaturkan dan segalanya berjalan lancar," jelasnya ketika dihubungi mstar Online pada Selasa.
Menurut Teong Kim, sejak PPBN ini dilancarkan tahun lalu, dia telah memulakan penjelajahan ke setiap negeri untuk dalam memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang.
"Terbaharu saya telah melawat ke Akademi Tunas di Pasir Puteh, Kelantan pada Khamis lalu dan gembira dengan sokongan daripada semua pihak
"Sambutan yang menggalakkan dengan pelatih-pelatih muda gembira dengan sesi latihan yang dijalankan.
"Ibu bapa juga turut hadir memberi sokongan, manakala kemudahan asas akademi juga memuaskan," jelasnya.
"Beliau meluangkan masa bersama jurulatih dan pelatih ketika sesi latihan dijalankan," katanya.
Jelas Mazeli, daerah Pasir Puteh diberi mandat menubuhkan akademi tunas awal tahun ini dengan dipimpin seramai enam orang jurulatih termasuk seorang bekas pemain kebangsaan dan negeri Kelantan, Normazli Awang bagi mengendalikan pelatih berumur 7-12 tahun.
"Saya akui program ini sangat berkesan, lebih-lebih lagi kepada pelatih muda di peringkat sekolah rendah.
"Kami lebih terapkan dengan penguasaan bola dan selepas itulah pembelajaran taktikal diberikan. Sebagai jurulatih di akademi ini, kami meletakkan sasaran untuk melihat pelatih-pelatih muda ini layak memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Akademi Bola Sepak Negara Gambang.
"Kami sebagai jurulatih juga akan terus cuba menambah ilmu kejurulatihan dari masa ke semasa kerana tidak mahu ketinggalan dalam arena bola sepak sekarang dikenali sebagai 'bola sepak moden' ," tambahnya.