suria

De Gea Bakal Terima Gaji Penjaga Gol Tertinggi Di Dunia

David de Gea. Foto AFP

RUNDINGAN mengenai kontrak baharu penjaga gol Manchester United, David De Gea ketika ini masih lagi sedang giat dilakukan.

Ini kerana ejen kepada De Gea berusia 24 tahun itu, Jorge Mendes sedang berusaha untuk menjadikan kliennya sebagai penjaga gol dengan bayaran paling tinggi di dunia.

Kontrak De Gea yang akan berakhir pada Jun 2016 sememangnya perlu dilanjutkan oleh Man United sekiranya pasukan itu masih mahu menggunakan khidmat pemain kelahiran Sepanyol itu. 

Namun, Mendes meminta supaya bayaran untuk De Gea yang ketika ini sebanyak 75,000 pound (RM418,701.52) seminggu digandakan kepada 140,000 pound (RM781,576.16) seminggu.

Jika perkara ini terjadi, maka De Gea akan mempunyai pendapatan 7.2 juta pound (RM40.19 juta) semusim. Ini merupakan gaji tertinggi yang pernah dimiliki oleh mana-mana penjaga gol di dunia.

Manchster United, David de Gea

Artikel Lain