Beraksi dalam keadaan cuaca panas, pemain China, Wang Yafan terpaksa bekerja keras pada set pertama sebelum mengalahkan pemain tinggi lampai, Nigina Abduraimova dari Uzbekistan dengan 6-4, 6-2.
"Bukan mudah menentang Abduraimova yang memiliki pukulan servis yang amat baik sekali. Bagaimanapun, selepas mendapati tenaganya mula menurun, saya mula mengambil kesempatan meningkatkan tekanan," kata Wang.
Dalam satu lagi perlawanan pusingan kelayakan, seorang lagi pemain China, Xu Yi-Fan mengambil masa lebih sejam untuk mengalahkan pemain Britain, Naomi Broady dengan 7-5 dan 6-2.
Pemain Jepun, Junri Namigata mengambil masa hampir 90 minit untuk mengalahkan pemain Ukraine, Lyudmyla Kichenok 7-6 dan 6-0, untuk bertemu pemain Thailand, Lusika Kum Khum.
Berikut Keputusan Hari Kedua Pusingan Kelayakan:
------------------------------------------------
Elizaveta Kulichkova (RUS) mn Daria Gavrilova (RUS) 1-6, 6-3, 6-4;
Yanfan Wang (CHN) mn Nigina Abduraimova (UZB) 6-4, 6-2;
Yi-Fan Xu (CHN) mn Naomi Broady (GBR) 7-5, 6-2;
Magda Linette (POL) mn Fangzhou Liu (CHN) 6-2, 6-1;
Junri Namigata (JPN) mn Lyudmyla Kichenok (UKR) 7-6 (5), 6-0;
Yuliya Beygelzimer (UKR) mn Kai-Lin Zhang (CHN) 6-4, 7-6 (2)