suria

Radamel Falcao Tinggalkan Manchester United

RADAMEL FALCAO bakal meninggalkan Manchester United pada akhir musim ini apabila kelab itu dilapor akan membawa masuk dua penyerang baharu menerusi pembelian mega.

Pengendali United, Louis van Gaal dilapor akan membelanjakan sebanyak £150 juta untuk mendapatkan kedua-dua penyerang baru berkenaan serta menjimatkan £50 juta dengan melepaskan Falcao apabila kontrak pinjaman pemain itu tamat akhir musim ini.

Falcao yang dipinjam dari AS Monaco sepatutnya menjadi milik United pada akhir musim ini dengan pembelian bernilai £50 juta, namun berikutan aksi tidak memberangsangkan, kelab tersebut terpaksa membatalkan hasrat mereka.

Penyerang Colombia yang menerima gaji sebanyak £265,000 seminggu itu hanya menjaringkan empat gol pada musim ini dan tidak menjadi pilihan Van Gaal walaupun Robin van Persie mengalami kecederaan.

Berikutan itu, Falcao kini menjadi buruan kelab gergasi Itali, Juventus yang sedia mendapatkan pemain itu pada jendela pemindahan Julai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain