suria

Liga Europa: Gol Penalti Lukaku Menangkan Everton Ke Atas Dynamo Kiev

Romelu Lukaku meraikan kemenangan selepas membuat jaringan pada perlawanan Liga Europa ketika menentang Dynamo Kiev di Goodison Park, Liverpool, awal pagi Jumaat. Foto EPA

SEPAKAN penalti Romelu Lukaku pada saat akhir membantu memberi kemenangan buat Everton ke atas Dynamo Kiev dengan 2-1 dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir Liga Europa di Goodison Park, Liverpool, awal pagi Jumaat.

Pasukan tuan rumah itu agak lemah dalam memulakan permainannya menyebabkan ketinggalan satu mata sebaik sahaja pemain pasukan lawan, Oleg Gusev membuat jaringan pada minit ke-14.

Bagaimanapun, Everton memperbaiki prestasinya pada separuh masa pertama dan berjaya mengimbangi kedudukan mata dengan 1-1 menerusi jaringan Steven Naismith pada minit ke-39 hasil umpan sepakan Lukaku.

Kesilapan Danilo Silva apabila bola terkena tangannya memberikan hadiah penalti buat Lukaku yang menambah mata buat Everton sekali gus memberikan kemenangan ke atas Dynamo Kiev.

Susulan penalti itu, Lukaku mencatat sejarah Everton sebagai pemain paling banyak mencatatkan gol dengan tujuh jaringan dalam persaingan Liga Europa.



Everton, Romelu Lukaku, Dynamo Kiev

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain