suria

Man City Tewas Mengejut 1-0 Di Tangan Burnley

Penjaga gol Man City, Hart gagal menyelamatkan jaringan daripada Boyd.
HARAPAN Manchester City ingin merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga Chelsea semakin tipis apabila tewas mengejut 1-0 kepada Burnley pada aksi di Turt Moor, awal pagi Ahad.

Pemain-pemain Manuel Pellegrini gagal mempamerkan aksi bertenaga sekaligus mencatat kekalahan kelima musim ini selepas George Boyd menjaringkan gol tunggal pada minit ke-61 permainan. 

Kapten Vincent Kompany kembali menyertai barisan utama selepas menjadi pemanas bangku simpanan sebelum ini bergandingan bersama Fernandinho.

Pemain tengah Brazil itu turut ditemani dengan Pablo Zabaleta dan Gael Clichy, manakala Edin Dzeko menggantikan Wilfried Bony, sementara Samir Nasri berada dalam senarai simpanan. 

Man City kini berada di tangga kedua mengutip 58 mata bagi 29 perlawanan, manakala Chelsea dengan 63 mata dengan 27 permainan.

Kemenangan Burnley ini sedikit sebanyak memberi harapan buat skuad bimbingan Sean Dyche ini untuk mengumpul mata bagi mengubah kedudukan yang kini berada di dalam zon penyingkiran (ke-17) dengan 25 mata, kurang satu mata daripada pasukan Sunderland untuk kedudukan selamat. 

Boyd menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam dua aksi liga bertemu City musim ini.

Aksi ini juga menyaksikan Burnley mengalahkan City buat kali pertama sejak Oktober 1974, malah menjadi pasukan pertama yang berjaya menghalang skuad Pellegrini daripada menjaringkan gol dalam 21 perlawanan liga di tempat lawan.

SENARAI PEMAIN

BURNLEY: Heaton, Trippier, Shackell , Duff, Mee, Barnes , Arfield , Jones, Boyd, Ings  Vokes, (simpanan) Ward, Reid. 

MAN CITY: Hart, Zabaleta, Kompany, Demichelis,, Clichy, Nava, Fernandinho,  Yaya Toure,  Silva, Dzeko, Aguero, (simpanan) Bony, Jovetic, Lampard.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain