suria

Liga Juara-Juara: Arsenal Tersingkir

Pemain Arsenal, Santi Cazorla (dua, kanan) ditenangkan oleh rakan pasukannya, sementara sekumpulan pemain AS Monaco meraikan kejayaan mereka mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, dalam perlawanan awal pagi Rabu.
PERCUBAAN berani Arsenal untuk mencipta sejarah Liga Juara-Juara tidak menjadi kenyataan apabila kemenangan  2-0 di Stade Louis II tidak mencukupi untuk menafikan kedudukan AS Monaco di suku akhir.

Dalam perlawananan awal pagi Rabu itu, Monaco menang gol di tempat lawan walaupun keputusan seri dengan agregat 3- 3.

'The Gunners' turun ke padang dalam keadaan mereka mengetahui bahawa mereka menghadapi tugas yang agak mustahil untuk dicapai.

Kekalahan 3-1 di Emirates menyebabkan mereka berdepan tugas berat sambil menyaksikan Olivier Giroud turut menerima beberapa kritikan hebat, tetapi  penyerang Perancis itu memberikan mereka sedikit harapan apabila dia menyumbat gol pembukaan pada minit ke-36.

Sambil mengawal ketat gawang agar tidak dibolosi Monaco, 'The Gunners' berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-79 menerusi pemain gantian Aaron Ramsey.

Giroud, pada minit ke-84 mempunyai peluang yang besar untuk membawa Arsenal ke peringkat suku akhir tetapi telah dinafikan oleh Danijel Subasic.

Dalam satu lagi perlawanan Atletico Madrid yang menewaskan Bayer Leverkusen 1-0 dan mencatatkan keputusan agreagat 3-2 mara ke suku akhir bersama Monaco.
keputusan LIga JUara-JUara

Artikel Sebelum

Artikel Lain