PENGURUS Bournemouth, Eddie Howe dilaporkan bersaing untuk menggantikan Sam Allardyce sebagai pengurus West Ham United pada musim panas ini. Howe membantu membawa kelab Bournemouth menduduki tempat ketiga dalam liga Kejuaraan, sekali gus mempromosikan beliau merebut jawatan itu. Pada masa ini, kontrak Allardyce akan berakhir pada musim ini dan masih belum ada rundingan mengenai perjanjian baharu untuk melanjutkan khidmatnya. Bagaimanapun, Sunderland memilih beliau sebagai pilihan nombor satu mereka untuk menggantikan pengurus sementara Dick Advocaat yang baharu sahaja dilantik sehingga akhir musim berikutan pemecatan Gus Poyet. West Ham juga sudah lama mengintai untuk mendapat David Moyes sejak dahulu, tetapi bekas pengurus Manchester United sudah pun diambil oleh Real Sociedad pada musim luruh yang lalu. Moyes dikatakan memberi petunjuk bahawa beliau akan terus kekal berada di dalam kelab di Sepanyol itu pada musim berikutnya sekiranya diperlukan lagi pada musim panas ini. Jika Moyes masih terus kekal bersama Roel Sociedad, nampaknya West Ham perlu mendapatkan khidmat Howe yang mempamerkan khidmat yang cemerlang di Dean Court.