PEMAIN tennis nombor satu dunia, Novak Djokovic menewaskan pemain Britain Andy Murray 6-2 dan 6-3 untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka BNP Paribas di Indian Wells, di mana beliau akan berhadapan Roger Federer. Djokovic kini telah memenangi enam perlawanan berturut-turut menentang pemain dari Scotland itu sejak kekalahannya pada peringkat akhir Wimbledon 2013 dan memiliki rekod 17-8. "Permainan ini sangat baik pada peringkat awal," kata Djokovic. "Saya keluar pada intensiti yang betul dan Andy membuat banyak kesilapan. Saya bermain dengan kemas dan gembira dengan prestasi ini," kata Djokovic selepas perlawanan berlangsung selama 1jam 28minit. "Saya menjangkakan satu permainan sengit namun hari ini Andy tidak memberi kualiti permainan yang bagus dan saya bergantung pada serangan taktikal."