> Juan Mata berlari melepasi empat pertahanan Liverpool untuk menjaringkan gol pertama United pada minit ke-14 dan selepas itu menjaringkan gol kedua yang cantik pada minit ke-59. > Kemenangan ini membolehkan United mengekalkan kedudukan mereka di tangga keempat mengutip 59 mata, satu mata kurang di belakang Arsenal manakala Liverpool kekal di tangga kelima di belakang United. > United menguasai 60 peratus penguasaan atas padang manakala Liverpool 40 peratus pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua perlawanan agak seimbang walaupun Liverpool bermain dengan 10 orang pemain sahaja. > Steven Gerrard dilayangkan kad merah tidak sampai 45 saat selepas berada atas padang sejurus separuh masa kedua bermula kerana memijak kaki Herrera. Herrera mendapat kad kuning. > Pada minit ke-69, Daniel Sturridge menjaringkan gol pertama Liverpool. > Perlawanan malam ini turut disaksikan oleh legenda bolasepak dunia Pele dan juga bekas pengurus United Sir Alex Ferguson. > Pada minit ke-65, Mario Balotelli masuk mengantikan Moreno manakala Falcao mengantikan Herrera pada minit ke-81. > Pada minit ke 93, United diberikan sepakan penalti tetapi Rooney gagal menyempurnakan peluang keemasan untuk menambahkan gol ketiga United. > Perlawanan malam ini adalah yang ke-400 buat Wayne Rooney dalam Liga Perdana Inggeris. > Sepanjang tempoh tersebut, dia telah menjaringkan 273 gol. > Liverpool tidak tewas dalam 14 perlawanan terakhir di Anfield dengan menang tujuh kali dan seri tujuh kali. > United menewaskan Liverpool 3-0 dalam perlawanan di Old Trafford Disember lalu. Liverpool: Mignolet, Can, Skrtel, Sakho, Henderson, Allen, Moreno, Sterling, Lallana, Coutinho, Sturridge. Simpanan: Jones, Johnson, Toure, Gerrard, Lambert, Lucas, Balotelli. Manchester United: De Gea, Valencia, Jones, Smalling, Blind, Carrick, Herrera, Mata, Fellaini, Young, Rooney. Simpanan: Valdes, Rafael, Rojo, Di Maria, Januzaj, A Pereira, Falcao.