suria

F1: Alonso Sah Serta Perlumbaan GP Malaysia

PELUMBA McLaren, Fernando Alonso disahkan akan tiba di Malaysia bagi menghadapi perlumbaan pusingan kedua Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini.

Alonso dibenarkan menyertai perlumbaan pusingan kedua ini selepas lulus ujian kesihatan di England gara-gara mengalami kemalangan ketika aksi pra musim bulan lalu.

Sebelum ini, juara berganda itu dilaporkan mengalami masalah hilang ingatan jangka pendek dan panjang sebelum membuat pemeriksaan di Cambridge.

Namun tidak komen rasmi mengenai perkara tersebut oleh McLaren,  walaupun pengarah pasukan Eric Boullier menegaskan ia adalah kesan biasa yang dialami selepas kemalangan dan akan kembali seperti biasa.

Alonso kembali bersama McLaren selepas lima tahun bersama Ferrari ketika mencatat kejayaan dengan era baharu kuasa Honda.

Pelumba berusia 33 tahun itu pernah bersama McLaren pada tahun 2007.

Fernando Alonso, McLaren, GP Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain