suria

Hamilton, Rosberg Teruja Jumpa Peminat

Hamilton menandatangani autograf dibaju peminat ciliknya, Mal, 1, dari Jepun. - foto S.KANESAN/The Star)
KUALA LUMPUR: Peminat perlumbaan Formula Satu (F1) tempatan dan luar negara disajikan dengan peristiwa indah dalam sesi bertemu peminat oleh pasukan Mercedes AMG Petronas, menjelang pelumbaan F1 Petronas Grand Prix Malaysia di Litar SIC, Sepang hujung minggu ini.

Di pusat beli-belah Suria KLCC di sini, peminat mula berkumpul di ruang lapang pusat untuk melihat dan menyambut pemandu Mercedes AMG Petrons, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.

"Saya amat teruja untuk melihat peminat begitu teruja di sini. Mereka penyokong setia kami....pengalaman yang hebat," kata Rosberg, pelumba kelahiran Jerman itu pada sidang media di sini Rabu.

Banyak aktiviti diaturkan oleh penganjur termasuk sesi autograf dengan Hamilton dan Rosberg.
Seorang peminat dari Sepanyol, Sergio Gonzalex, 31, berkata ini merupakan kali pertama beliau melihat pelumba pilihannya, Hamilton secara bersemuka.

"Saya amat terharu untuk melihatnya...harap dia akan melakukan terbaik untuk menang perlumbaan di sini," katanya.

Seorang lagi peminat luar negara Hannah Rice, 26, dari Amerika Syarikat, berkata beliau amat teruja untuk berjumpa dengan bintang pelumba berkenaan dan berharap pasukan Mercedes AMG Petronas sekali lagi menjuarai perlumbaan di Sepang.

"Apa lagi cara yang lebih baik daripada melihat Hamliton dan Rosberg menang...saya pasti musim ini akan menjadi milik mereka," katanya.

Sementara itu, peminat tempatan, Rashid Rahmat, 42, berkata beliau datang dari Subang Jaya bersama-sama dengan tiga anaknya untuk bertemu dengan wira mereka.

"Anak lelaki saya berusia tujuh tahun membawa kereta perlumbaan miniatur untuk mendapat autograf," katanya.

Perlumbaan F1 Petronas Grand Prix Malaysia akan bermula di Litar SIC mulai Jumaat hingga Ahad ini.

Lewis Hamilton, Nico Rosberg, F1

Artikel Lain