suria

F1 Malaysia: Jentera Hamilton Terpantas Sesi Latihan Bebas Kedua

Hamilton menguasai perlumbaan sesi latihan bebas kedua selepas berdepan dengan masalah enjin pada sesi latihan bebas pertama, Jumaat.
SEPANG: Pelumba Mercedes AMG Petronas Lewis Hamilton menguasai sesi latihan bebas kedua perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia di tempat pertama sekaligus merampas kedudukan itu daripada rakan sepasukannya Nico Rosberg yang mengungguli sesi latihan bebas pertama pada sebelah pagi di Litar Antarabangsa Sepang, Jumaat.

Biarpun Hamilton gagal mencatat sebarang masa pada sesi latihan pertama gara-gara  masalah enjin jentera F1 W06 Hibrid terhenti di selekoh sembilan, pasukan Mercedes tetap mendominasikan kedua-dua sesi latihan bebas ini. 

Hamilton mencatat masa terpantas 1 minit 39.790 saat mendahului pelumba Scuderia Ferrari, Kimi Raikkonen (1:40.163s), diikuti Rosberg (1:40.2.218s) di tempat ketiga.

“Tugas menakjubkan yang dilakukan oleh pasukan dengan membantu meletakkan saya di kedudukan terbaik pada sesi petang. Walaupun keadaan cuaca panas yang sukar untuk penyesuaian tayar, tetapi kerja keras yang ditunjukkan pasukan ternyata membuahkan hasil.

“Saya tidak ada banyak masa untuk membuat perubahan dan hanya menggunakan apa yang dibawa dari perlumbaan sebelum ini. Kami perlu berusaha lebih gigih memandangkan pasukan Ferrari kelihatan mantap pada sesi latihan bebas ini," jelas Hamilton.

Sementara itu Rosberg yang mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas pertama, mengakui gagal untuk mendapatkan tayar yang sesuai pada aksi latihan bebas kedua.

"Secara keseluruhannya ia merupakan hari yang sukar buat pasukan, lebih-lebih lagi jentera Lewis mengalami masalah. Malah keadaan cuaca yang sangat panas turut memainkan peranan ketika berlumba.

"Pemandu dan jentera perlu menyesuaikan diri dengan suhu panas dan itu adalah cabaran yang paling besar buat kami.  

"Walau bagaimanapun, sesi latihan bebas hari ini telah memberi gambaran jelas bahawa pasukan Ferrari kembali hebat. Saya percaya minggu ini bakal menjanjikan sesuatu yang menarik,” jelas Rosberg.


Keputusan penuh sesi latihan bebas kedua:

1. Lewis Hamilton (Mercedes AMG Petronas) 1 minit 39.790 saat

2. Kimi Raikkonen (Scuderia Ferrari) 1:40.163s

3. Nico Rosberg (Mercedes AMG Petronas) 1:40.218s

4. Daniil Kvyat (Infiniti Red Bull) 1:40.346s

5. Valtteri Bottas (Williams Martini) 1:40.450s

6. Felipe Massa (Williams Martini) 1:40.560s

7. Sebastian Vettel (Scuderai Ferrari) 1:40.652s

8. Max Verstappen (Scuderia Toro Rosso) 1:41.220s

9. Marcus Ericsson (Sauber) 1:41.261s

10. Daniel Ricciardo (Red Bull) 1:41.799s

11. Pastor Maldonado (Lotus) 1:41.877s

12. Felipe Nasr (Sauber) 1:41.988s

13. Sergio Perez (Sahara Force India) 1:42.242s

14. Carlos Sainz (Scuderia Toro Rosso) 1:42.291s

15. Nico Hulkenberg (Sahara Force India) 1:42.330s

16  Fernando Alonso (McLaren Honda) 1:42.506s

17. Jenson Button (McLaren Honda) 1:42.637s

18. Romain Grosjean (Lotus) 1:42.948s

19. Will Stevens (Manor Marussia Marussia) 1:45.704s

20. Roberto Merhi (Manor Marussia Marussia) 1:47.229s

Lewis Hamilton, GP Malaysia, Mercedes

Artikel Berikut

Artikel Lain