suria

Tiger Woods Tersingkir Dari Ranking 100 Pemain Golf Dunia Dalam Tempoh 18 tahun

Tiger Woods
BEKAS pemain nombor satu dunia, Tiger Woods akan tersingkir dari senarai 100 permain teratas golf dunia buat kali pertama dalam tempoh lebih dari 18 tahun.

Pemain dari Amerika berusia 39 tahun itu kini berada di kedudukan 96 dan pegawai rasmi ranking golf dunia memberitahu Reuters bahawa dia mungkin tergelincir ke kedudukan 102 apabila senarai tersebut diselaraskan selepas perlawanan hujung minggu ini.

Woods menduduki ranking ke 82 di Terbuka Phoenix pada bulan Januari, rekod terburuk yang dicatatkannya sebagai seorang pemain profesional, apabila dia terkeluar dari senarai 50 pemain dunia buat kali pertama dalam tempoh lebih dari tiga tahun.

Sejak itu prestasi pemenang kejohanan utama sebanyak 14 kali ini terus merosot yang menyebabkan dia gagal melayakkan diri di Kejohanan WGC-Cadillac bulan ini, kejohanan yang telah dimenanginya sebanyak tujuh kali.

Woods berada di kedudukan 433 apabila dia menjadi pemain profesional pada September 1996.

Dia kemudian melompat ke ranking 75 selepas meraih kemenangan pertamanya sebagai pemain profesional di Las Vegas Invitational, pada 1996, gelaran yang pertama dalam 79 gelaran Jelajah PGA.

Woods pertama kali menduduki ranking nombor satu dunia apabila dia berada di tempat ke-19 di Terbuka Amerika Syarikat 1997.

Dia telah berada di puncak senarai pemain dunia dengan rekod selama 683 minggu sehinggalah dia kehilangan kedudukan nombor satunya yang diambil alih oleh pemain Australia Adam Scott pada Mei 2014.

Rory McIlroy menduduki ranking pertama semasa sejak Ogos.
Tiger Woods, ranking golf dunia

Artikel Lain