suria

Jaringan Long Bantu Republik Ireland Ikat Poland

Long (dua kanan) menjaringkan gol penyamaan untuk Republik Ireland ketika bertemu Poland.
SHANE Long menjaringkan gol pada saat-saat akhir untuk memberi harapan kepada Repulik Ireland terus mara dalam aksi Euro 2016 selepas terikat seri 1-1 dengan Poland di Stadium Aviva, awal pagi Isnin.

Poland mendominasi perlawanan babak pertama tetapi Republik Ireland kembali bangkit di babak kedua.

Robbie Keane dan Robbie Brady hampir menjaringkan gol untuk Republik Ireland tetapi percubaan mereka terkena palang.

Pengurus Republik Ireland, Martin O'Neill memulakan perlawanan dengan format 4-4-1-1 dengan meletakkan Hoolahan di belakang Keane dan Brady serta Seamus Coleman di benteng pertahanan.

Poland berjaya memecah kebuntuan menerusi rembatan kencang Slawomir Peszko pada minit ke-26.

O'Neill mengubah taktik perlawanan kepada format 4-4-2 pada babak pertama dengan Walters menyertai Keane dibahagian serangan.

Long berjaya membolosi benteng pertahanan Poland pada minit ke-91.

Poland akan bertemu Georgia di gelanggang sendiri pada Jun. 

Mereka mengetuai Kumpulan D dengan 11 mata daripada lima perlawanan manakala Republik Ireland di tempat keempat dengan lapan mata daripada lima perlawanan.

Anak buah O'Neill akan bertemu Scotland yang berkelebihan dua mata di depan mereka di Dublin.

Barisan pemain:

REPUBLIK IRELAND: Given; Coleman, O'Shea, Wilson, Brady; Walters, Whelan, McCarthy, McGeady; Holohan; Keane. Pemain gantian : Forde, Westwood, Clark, Long, McClean, Meyler, Arter, Christie, Ward, Quinn, Murphy, Keogh.

POLAND: Fabiański, Szukała, Jodłowiec, Wawrzyniak, Glik, Olkowski, Krychowiak, Rybus, Peszko, Milik, Lewandowski. Pemain gantian: Szczesny, Boruc, Cionek, Komorowski, Linetty, Teodorczyk, Maczynski, Mila, Janicki, Gajos, Kucharczyk, Wojtkowiak.


Shane Long, Kelayakan Euro 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain