suria

Isner Sekat Kemaraan Nishikori

John Isner.
JOHN Isner dari Amerika Syarikat (AS) mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Miami selepas menewaskan pemain Jepun, Kei Nishikori 6-4, 6-3, awal pagi Jumaat.

Kejayaan itu menjadikan Isner sebagai pemain pertama AS untuk meneruskan permainan sehingga ke pusingan separuh akhir di Key Biscayne selepas Mardy Fish pada 2011.

"Saya bermain dengan begitu baik pada hari ini. Saya hanya perlu bermain dengan konsisten untuk menewaskan pemain seperti Nishikori dan saya berjaya melakukannya. 

"Dari awal permainan saya rasakan begitu agresif. Saya bermain dengan pukulan yang betul dan segalanya berjalan dengan lancar. Saya amat gembira," katanya.

Isner hanya mengambil masa selama satu jam 10 minit untuk menewaskan Kei.

Pemain ranking ke-24 dunia itu berada dalam landasan terbaik untuk muncul pemain pertama AS untuk menjulang trofi tersebut selepas Andy Roddick pada 2010.

Isner akan bertemu sama ada pemain No.1 dunia Novak Djokovic atau David Ferrer yang akan beraksi pada pusingan separuh akhir nanti.

Bagi kategori wanita pula, Carla Suarez Navarro melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menundukkan Andrea Petkovic 6-3,6-3 pada aksi separuh akhir.

Suarez Navarro akan bertemu sama ada Serena Williams atau Simona Halep pada aksi akhir Sabtu ini.

Walaupun apa keputusannya nanti, Suarez Navarro kini semakin hampir untuk menjadi wanita ketiga dari Sepanyol menduduki kelompok 10 pemain terbaik dunia.
Terbuka Miami, John Isner

Artikel Sebelum

Lahm Mahu 'Gantung But'

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Terbuka Miami

Artikel Lain