suria

Diego Rehat Dua Minggu, Mourinho Kesal

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho meluahkan penyesalan dengan keputusan memasukkan Diego Costa ketika aksi menang 2-1 pada Ahad ke atas Stoke City yang menyebabkan penyerang itu terpaksa diketepikan selama dua minggu selepas ini.


Bos The Blues itu mendedahkan, Diego akan berehat seketika kerana berdepan dengan kecederaan paha dialaminya sepanjang musim ini.

Walaupun sedar dengan kecederaan yang dihadapi pemain itu, Mourinho membuat keputusan berisiko memasukkan penyerang Sepanyol tersebut pada separuh masa kedua,  menggantikan Oscar namun terpaksa dikeluarkan sepuluh minit kemudian dan digantikan dengan Didier Drogba.

Mourinho berharap dengan ketiadaan Diego ini, ia tidak merencatkan aksi bertemu Queens Park Rangers pada 12 April, malah tidak mengganggu bahagian serangan menjelang aksi bertemu Manchester United (19 April) dan Arsenal (26 April).

Chelsea, Diego Costa, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain