suria

Yaya Toure 'Kuda Tua' Inter Milan

INTER MILAN sedia menjadikan Yaya Toure sebagai 'kuda tua' pasukan itu jika berjaya mendapatkan pemain terbabit daripada Manchester City.

Inter Milan yang dikendalikan oleh Roberto Mancini selain itu akan menawarkan Yaya Toure kontrak lima tahun - satu penawaran jangka masa panjang.

Dengan kontrak selama itu, Yaya Toure dijangka bergelar 'kuda tua' di Inter Milan sebelum mengakhiri kontraknya.

Yaya Toure yang mempunyai baki kontrak selama dua tahun dengan City kini memperolehi gaji setinggi £210,000 seminggu.

Jika City tidak melepaskan pemain itu pada musim ini atau melanjutkan kontraknya, kelab gergasi berkenaan dijangka akan kehilangan pemain Ivory Coast terbabit secara percuma.

Inter Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain