CHRISTIAN Benteke melakukan hatrik ketika Aston Villa dan Queens Park Rangers terikat seri 3-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang penuh dramatik di Villa Park, awal pagi Rabu. QPR membuka jaringan awal menerusi Matt Phillips selepas memanfaatkan hantaran kemas Bobby Zamora pada minit ketujuh. Villa bangkit menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Benteke pada minit ke-10. Benteke kemudiannya menggandakan gol kedua Villa pada minit ke-33. Gabrierl Agbonlahor nyaris meneruskan penguasaan Villa tetapi tandukannya terkena palang. Enggan menyerah kalah, QPR bangkit menjaringkan gol kedua menerusi tandukan Clint Hill pada babak kedua sekali gus meletakkan kedudukan 2-2. Bagaimanapun, QPR mendahului perlawanan apabila Charlie Austin menyempurnakan hantaran Philips pada minit ke-78. Namun, perlawanan itu penuh dengan aksi mendebarkan apabila Benteke menyelamatkan Villa dengan menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki tujuh minit. QPR kini menduduki tangga ketiga tercorot liga dengan mengumpul 26 mata daripada 32 perlawanan manakala Villa di tempat ke-16 dengan 29 mata. Barisan Pemain: ASTON VILLA: Guzan, Bacuna, Vlaar, Clark, Richardson, Cleverley, Sanchez, Delph, Agbonlahor, Benteke, Grealish. Pemain gantian: Baker, Okore, Weimann, Cole, N'Zogbia, Given, Lowton. QPR: Green, Isla, Onuoha, Caulker, Hill, Phillips, Barton, Sandro, Kranjcar, Austin, Zamora. Pemain gantian: Traore, McCarthy, Henry, Hoilett, Mitchell, Doughty, Grego-Cox.