SELEPAS tewas pada aksi Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu lalu, Liverpool bangkit menewaskan Blackburn Rovers 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala FA di Ewood Park, awal pagi Khamis. Philippe Coutinho muncul penyelamat Liverpool apabila menjaringkan gol tunggal untuk pasukan tersebut pada minit ke-70 selepas menyempurnakan hantaran Jordan Henderson. Blackburn nyaris menyamakan jaringan pada saat akhir tetapi ketangkasan penjaga gawang Simon Mignolet meletakkan Liverpool terus selesa di hadapan. Countinho menegaskan memenangi Piala FA akan menyelamatkan Liverpool pada musim ini. "Selepas kalah kepada Arsenal, kami berjaya bangkit pada hari ini. Sekiranya memenangi piala ini (FA), ia sudah tentu akan menyelamatkan Liverpool musim ini," katanya. Liverpool akan bertemu Aston Villa untuk menempah tiket ke final Piala FA di Wembley pada 19 April ini. Barisan pemain: Blackburn Rovers: Eastwood, Henley, Baptiste, Kilgallon (c), Olsson, Conway, Williamson, Evans, Marshall, Cairney, Rhodes. Pemain gantian: Steele, Spurr, Songo'o, Nyambe, Lenihan, Mahoney, Gestede. Liverpool: Mignolet, Johnson, Lovren, Sakho, Lucas, Allen, Henderson, Moreno, Sterling, Coutinho, Sturridge. Pemain gantian: Jones, Toure, Lambert, Manquillo, Borini, Brannagan, Markovic.