Jose Mourinho dalam sidang media pada Jumaat mengesahkan bahawa Costa hanya akan kembali untuk empat perlawanan terakhir musim ini.
Costa terlepas tugasnya bersama skuad Sepanyol baru-baru ini akibat kecederaan ketika Chelsea menang 3-2 Di Hull City tetapi kembali beraksi dengan Blues menentang Stoke hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, penyerang Sepanyol kelahiran Brazil itu terpaksa dikeluarkan hanya 10 minit selepas dibawa masuk menggantikan Oscar pada babak kedua ketika kedua-dua pasukan sedang terikat 1-1 di Stamford Bridge.
Costa, penyerang utama Chelsea sangat berharap dapat beraksi pada 26 April menentang Arsenal.