suria

F1 GP China: Lewis Hamilton Guna Skil Tersendiri Dominasi Latihan

LEWIS HAMILTON sekali lagi menggunakan cara tersendiri untuk mendominasi latihan terakhir mengetepikan rakan sepasukan, Nico Rosberg di Shanghai.

Hamilton mengungguli awal sesi latihan menggunakan tayar sederhana dan sekali lagi mengatasi rakan sepasukannya apabila menggunakan tayar lembut 20 minit terakhir sesi latihan itu.

Rosberg membuat pertukaran tayar lebih awal berbanding Hamilton dan mencatat masa terpantas dengan 1:37.841.

Walau bagaimanapun, rekod tersebut lebur beberapa minit kemudian apabila Hamilton berjaya mencatat masa 1:37.615.

Latihan Hamilton tidak bermula dengan baik apabila terpaksa menukar kerusi kereta selepas memberitahu keadaan yang terlalu panas di dalam keretanya kepada pasukan Mercedes.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen menunjukkan prestasi yang baik apabila ketinggalan hanya 0.698 dan 0.897 saat daripada masa yang ditetapkan Hamilton tetapi dilihat tidak mampu untuk mengetepikan Mercedes dalam penggunaan tayar lembut.

Manakala pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo dan Daniil Kvyat mendapat tempat kelima dan keenam walaupun membuat aduan mengenai masalah brek.

Carlos Sainz dan Valtteri Bottas pula berjaya melengkapkan kedudukan lapan teratas.

Malang buat Fernando Alonso apabila hanya berjaya melepasi dua sudut dan terpaksa berhenti sebelum melepasi sudut ketiga.

Alonso terpaksa berhenti apabila kereta MP4-30 yang dipandunya disyaki menghadapi masalah enjin dan sekali lagi tidak dapat menamatkan sesi latihan 3(FP3).

Rakan sepasukan Alonso, Jensen Button hanya berjaya menduduki tempat ke 15 terpantas.

Kedudukan pelumba bagi sesi latihan ketiga:

1 Lewis Hamilton Mercedes 1:37.615 - 14 pusingan 

2 Nico Rosberg Mercedes 1:37.841 0.226 - 16 pusingan

3 Sebastian Vettel Ferrari 1:38.313 0.698 - 17 pusingan

4 Kimi Raikkonen Ferrari 1:38.512 0.897 - 16 pusingan

5 Daniel Ricciardo Red Bull 1:39.020 1.405 - 8 pusingan

6 Daniil Kvyat Red Bull 1:39.106 1.491 - 14 pusingan

7 Carlos Sainz Toro Rosso 1:39.113 1.498 - 17 pusingan

8 Valtteri Bottas Williams 1:39.243 1.628 15 pusingan

9 Max Verstappen Toro Rosso 1:39.274 1.659 - 19 pusingan

10 Romain Grosjean Lotus 1:39.405 1.790 - 14 pusingan

11 Felipe Massa Williams 1:39.410 1.795 17 17 pusingan

12 Nico Hulkenberg Force India 1:39.513 1.898 - 14 pusingan

13 Marcus Ericsson Sauber 1:39.559 1.944 -18 pusingan

14 Felipe Nasr Sauber 1:39.591 1.976 - 19 pusingan

15 Jenson Button McLaren 1:39.694 2.079 - 16 pusingan

16 Pastor Maldonado Lotus 1:39.766 2.151 - 16 pusingan

17 Sergio Perez Force India 1:39.781 2.166 - 17 pusingan

18 Will Stevens Manor 1:42.928 5.313 - 15 pusingan

19 Roberto Merhi Manor 1:44.956 7.341 - 9 pusingan

20 Fernando Alonso McLaren No time - satu pusingan 

GP China, Shanghai

Artikel Lain