suria

Gol Aaron Ramsey Menangkan Arsenal Ke Atas Burnley

Aksi Aaron Ramsey (kiri) ketika membuat gol pembukaan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Burnely di Turf Moor, Burnley di England, awal pagi Ahad. Foto AFP

ARSENAL kembali meneruskan trend positif mereka dalam Liga Perdana Inggeris apabila mencatatkan kemenangan ke atas Burnley dengan 1-0 hasil jaringan Aaron Ramsey, awal pagi Ahad.

Kemenangan Arsenal di kubu pasukan lawan di Turf Moor, Burnley membawa tiga mata buat pasukan itu.

Walaupun hanya sebagai pasukan tetamu, namun Arsenal tampil dengan aksi serangan sejak minit awal permainan. 

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan pemain Arsenal, Aaron Ramsey pada minit ke-12. 

Ia sekali gus menjadikan lapan kemenangan secara berturut-turut buat Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal mengumpul 66 mata daripada 32 perlawanan yang mengekalkan kedudukan mereka di tangga kedua liga, di belakang Chelsea dengan 70 mata.

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain