suria

Monte Carlo Masters: Federer, Wawrinka Kandas Di Pusingan Ketiga

Federer kandas pada pusingan ketiga Monte Carlo Masters.

ROGER Federer dan juara bertahan Stanislas Wawrinka terkandas kepada Gael Monfils dan Grigor Dimitrov dalam aksi pusingan ketiga Monte Carlo Masters pada Jumaat.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tewas 6-4 7-6(5) kepada pemain pilihan tempatan Gael Monflis, manakala Wawrinka kalah mudah 6-1 6-2 di tangan pemain Bulgaria, Dimitrov.

Sementara itu pemain No.1 dunia Novak Djokovic melalui saingan lebih mudah dengan memenangi 6-4 6-0 kepada pemain bukan pilihan Austria, Andreas Haider-Maurer.

Bintang Serbia itu bakal berdepan dengan pemain pilihan kelapan kejohanan, Marin Cilic yang turut menewaskan pemain Perancis Jo-Wilfried Tsonga 6-4 7-6(5) untuk mara ke suku akhir.

Dalam pada itu, pemain pilihan ketiga dari Sepanyol Rafael Nadal turut mara dengan mengalahkan John Isner, 7-6(6) 4-6 6-3.

Nadal bakal berdepan dengan rakan senegara yang menjadi pemain pilihan kelima, David Ferrer atau wakil Perancis Gilles Simon.

"Ia bukanlah penutup perlawanan yang baik. Saya sepatutnya melakukan lebih baik pada set pertama.

"Bagaimana pun saya gembira kerana dapat bertahan sehingga pusingan kedua walaupun mempunyai peluang untuk mara ke peringkat ke seterusnya," jelas Federer.


KEPUTUSAN PUSINGAN KETIGA MONTE CARLOI MASTERS


David Ferrer (Spain) mn Gilles Simon (France) 6-2 6-7(3) 6-1

Novak Djokovic (Serbia) mn Andreas Haider-Maurer (Austria) 6-4 6-1

Rafa Nadal (Spain) mn John Isner (U.S.) 7-6(6) 4-6 6-3

Marin Cilic (Croatia) mn Jo-Wilfried Tsonga (France) 6-3 7-6(5)

Tomas Berdych (Czech Republic) mn Roberto Bautista (Spain) 7-6(7) 6-4

Gael Monfils (France) mn Roger Federer (Switzerland) 6-4 7-6(5)

Milos Raonic (Canada) mn Tommy Robredo (Spain) 6-3 3-6 6-3

Grigor Dimitrov (Bulgaria) beat 7-Stanislas Wawrinka (Switzerland) 6-1 6-2

Artikel Berikut

Rangking Lee Chong Wei Menurun

Artikel Lain