suria

Djokovic Jumpa Nadal Di Separuh Akhir Monte Carlo Masters

Novak Djokovic.

PEMAIN tenis No.1 dunia, Novak Djokovic mengatasi lawannya, Marin Cilic 6-0 6-3 pada aksi suku akhir kejohanan tenis Monte Carlo Masters, awal pagi Sabtu.

Kemenangan itu akan mempertemukan Djokovic dengan pemain Sepanyol, Rafael Nadal yang menewaskan rakan senegara, David Ferrer 6-4 5-7 6-2 dalam permainan selama dua jam 44 minit.

Aksi separuh akhir itu akan menyaksikan pertemuan ke-43 antara Nadal dan Djokovic.

Rafael Nadal.

Djokovic meraih gelaran juara Monte Carlo pada 2013 dan Nadal memenangi trofi tersebut dari 2005-2012.

"Saya perlu mempersiapkan mental saya kerana saya rasakan sudah sedia dari segi fizikal. Saya tidak kepenatan. Saya belum menghabiskan masa terlalu lama di atas gelanggang.

"Saya harap dapat beraksi dengan baik. Saya tahu saya perlu mempamerkan persembahan peringkat tertinggi sepanjang perlawanan pada Sabtu," katanya Djokovic.

Kali terakhir pertemuan kedua-dua pemain itu adalah pada aksi final Terbuka Perancis tahun lalu.

Pada kejohanan itu, Nadal membuktikan dirinya masih lagi raja gelanggang tanah liat apabila merangkul trofi kesembilannya.


Artikel Sebelum

Artikel Lain