KEGEMILANGAN Cristiano Ronaldo kembali menjadi penentu kemenangan Real Madrid apabila berjaya menewaskan Malaga dengan 3-1 di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol. Gol pembukaan diraih oleh Sergio Ramos pada minit ke-24 memberikan skor 1-0 buat Real Madrid. Ronaldo membantu kepada gol pembukaan itu apabila memberikan umpan yang dipergunakan dengan baik oleh Ramos di gawang Malaga. Ronaldo gagal meraih gol menerusi penalti yang diperoleh Real Madrid selepas James Rodriguez dijatuhkan oleh Samu Castillejo. Bagaimanapun, James menambah mata buat pasukan itu menerusi sepakannya di luar kotak penalti, hanya berselang dua minit iaitu pada minit ke-69 selepas menerima bola dari Ronaldo. Malaga mampu memperkecilkan jarak ketinggalan mereka apabila pemainnya, Juanmi Jiménez menjaringkan gol pada minit ke-71. Ronaldo yang berusaha untuk meraih gol di sepanjang permainan akhirnya mampu dilakukannya pada minit akhir. Sepakan padunya dari jarak dekat selepas menerima umpan daripada Javier Hernandez pada menit ke-90+2 berhasil mengakhiri perlawanan Malaga dengan skor 3-1. Pasukan di bawah bimbingan Carlo Ancelotti itu kini mengumpulkan 76 mata, ketinggalan dua mata dengan Barcelona.