> Semua pemain termasuk Jose Mourinho hampir-hampir terpedaya dengan kehadirannya > Bos Chelsea itu telah menyediakan strategi khas untuk menyekat kemaraan Fellaini > Hanya untuk dimaklumkan oleh pekerja hotel yang Fellaini tidak akan bermain > Sebaliknya dia dilihat bertemu dengan Eden Hazard untuk mengutip tiket perlawanan Chelsea-United > Mereka tidak sedar yang itu bukanlah Fellaini tetapi saudara kembarnya BOLEH dikatakan sebahagian besar pemain Chelsea termasuk pengurus pasukan, Jose Mourinho hampir-hampir terpedaya dengan kehadiran Marouane Fellaini di hotel penginapan mereka untuk mengutip tiket perlawanan Chelsea menentang Manchester United lewat Sabtu lalu di London. Tetapi mereka tidak sedar yang datang itu bukanlah Marouane tetapi saudara kembarnya, Mansour. Mansour datang untuk bertemu Eden Hazard bagi mengutip tiket perlawanan tersebut. Mereka adalah dari negara yang sama iaitu Belgium dan mengenali antara satu sama lain. Mourinho yang tidak sedar akan kehadiran Mansour kemudiannya telah dimaklumkan oleh kakitangan hotel bahawa Fellaini tidak akan bermain menentang Chelsea kerana dia baru sahaja tadi datang mengutip tiket perlawanan daripada Hazard. Mourinho hampir-hampir mengubah semula strategi perlawanan mereka kerana menyangkakan ia benar tetapi dia masih ragu-ragu. Ini mendorong Mourinho untuk mencari maklumat mengenai ahli keluarga Fellaini melalui laman Google dan sangkaannya itu ternyata benar. "Jadi saya tunjukkan foto saudara kembar Fellaini kepada pekerja hotel itu dan dia membalas semula dengan berkata ya benar, dia kelihatan sepertimana dalam gambar ini. Dan gambar itu adalah Mansour, saudara kembar pemain Manchester United itu," cerita Mourinho. Dan Fellaini kemudiannya tersenarai dalam kesebelasan utama skuad United menentang Chelsea. Chelsea menang 1-0.