suria

Pemilik Liverpool Benarkan Bidaan Terhadap Memphis Depay

BRENDAN RODGERS telah diberi lampu hijau untuk mengatur perpindahan pemain selepas pemilik Liverpool berjanji kedudukan jurulatih itu masih kekal hingga musim depan.

Berikutan itu, The Reds kini memulakan urusan pemindahan pemain dengan menghubungi bintang Belanda, Memphis Depay untuk membawanya menyertai kelab itu.

Malah pemilik Liverpool turut membenarkan bidaan terhadap Depay dimulakan pada £15-£18 juta.

Pemain sayap itu menjadi keutamaan Liverpool untuk dipertaruhkan di bahagian serangan selepas kelab tersebut menghadapi masalah penyudah daripada pemain sedia ada.

Selain Liverpool, Manchester United dilapor turut meminati Depay yang pernah menjadi anak didiknya di Belanda.

Bagaimanapun, Louis van Gaal kini telah mempunyai ramai pemain tengah seperti Angel Di Maria dan Juan Mata.

Liverpool turut dilapor akan menjadikan Depay sebagai penggantikan Steven Gerrard di bahagian tengah kerana bintang terbabit bakal meninggalkan England untuk berhijrah ke Amerika Syarikat pada akhir musim ini.


Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain