suria

Wakil Man United Bertemu Monaco, Bincang Masa Depan Falcao

RADAMEL FALCAO dijangka akan menjadi pemain tetap Manchester United pada musim depan selepas Ketua Eksekutif United, Ed Woodward dilapor bertemu Monaco untuk berbincang mengenai masa depan penyerang terbabit.

Falcao yang menyertai United pada Julai lalu hanya mampu menjaringkan empat gol, manakala dalam perlawanan bertemu Chelsea pada Sabtu lalu, pemain terbabit gagal menggegarkan jaring.

Daily Mail Online melaporkan, Woodward telah memberitahu Naib Presiden Monaco, Vadim Vasilyev bahawa mereka mahu menjadikan Falcao sebagai pemain tetap selepas tempoh pinjaman tamat pada akhir musim ini.

Vasilyev memberitahu," saya telah bertemu wakil United pada Ahad lalu dan mereka belum membuat keputusan mengenai pilihan berkenaan.

"Ini bukan musim terbaiknya, tetapi mereka mengambil peluang untuk membuat keputusan pada akhir musim ini," jelasnya.

Monaco, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain