suria

Man City Menang 3-2 Ke Atas Aston Villa, Mara Ke Tangga Kedua

MANCHESTER City mara ke tangga kedua liga selepas menundukkan finalis Piala FA, Aston Villa 3-2 di laman sendiri pada aksi awal pagi Ahad.


Sergio Aguero membuka jaringan seawal minit ke-3, namun sehingga tamat babak pertama, anak buah Manuel Pellegrini itu gagal mencipta peluang lain menambah jaringan.

Bersambung ke babak kedua,  Aleksander Kolarov menambah jaringan pada mini ke-66 bagi memastikan kedudukan City lebih selesa, namun hanya dua minit kemudian Tim Cleverley merapatkan jurang jaringan.

Skuad bimbingan Tim Sherwood merancakkan serangan sekaligus menyamakan mata pada minit ke-85 menerusi Carlos Sanchez selepas Joe Hart gagal menepis bola dengan baik.

Bagaimana pun hanya selepas empat minit pasukan pelawat meraikan gol penyamaan,  Fernandinho menyempurnakan bola leret dari hantaran sudut tepat ke gawang Aston Villa bagi memastikan kemenangan mutlak di Stadium Etihad.
   
Kini Man City mengumpul 67 mata dengan 34 perlawanan, manakala Arsenal yang turun ke tangga ketiga merekodkan 66 mata dengan 32 perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain