MANCHESTER United terpaksa akur tewas 0-3 kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park pada Ahad malam. Pasukan tuan rumah bimbingan Roberto Martinez meraih kemenangan melalui James McCarthy seawal minit kelima permainan, diikuti John Stones (35') dan Kevin Mirallas minit ke-74. Pemain-pemain United gagal menembusi barisan pertahanan Everton walaupun skuad Louis van Gaal ini banyak mendominasi permainan. Dengan kekalahan ini menyaksikan United sekali lagi terpaksa menelan pahit selepas turut kecewa dengan kekalahan tipis kepada Chelsea minggu lalu. Manakala Van Gaal terpaksa menerima hakikat buat kali pertama berdepan dengan aksi tewas dua kali berturut-turut bersama United, dan mencatat rekod tewas yang kelima di tempat lawan. Mereka kini berada di kedudukan keempat liga (65 mata), kekurangan satu mata di belakang Arsenal dan kelebihan tujuh mata di depan Liverpool (58), namun The Reds masih lagi mempunyai satu baki perlawanan.