LIVERPOOL gagal mencapai sasaran bagi meraih mata penuh di kubu Hull City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Rabu. Sebaliknya, Liverpool kecundang di tangan tuan rumah dengan 0-1. Menampilkan Mario Balotelli sebagai penyerang, Liverool berpeluang untuk mendominasi permainan. Bagaimanapun, Hull bangkit menjelang babak pertama berakhir. Usaha Hull membuahkan hasil apabila meraih jaringan pada minit ke-35. Michael Dawson menjaringkan gol selepas memanfaatkan tendangan sudut Ahmed El Mohamady. Pasukan di bawah pimpinan Brendan Rodgers masih menemui jalan buntu untuk mengalahkan Hull. Akhirnya skor 1-0 masih tidak berubah sehingga tamat permainan sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah. Bagi Liverpool, kecundang di tangan Hull merupakan kekalahan ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Liverpool kini menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris dengan 58 mata.