PARIS SAINT-GERMAIN (PSG) terus menjadikan Angel Di Maria sebagai sasaran utama untuk dibeli pada akhir musim ini. Bagaimanapun, hasrat PSG mungkin tidak akan terlaksana kerana Manchester United enggan melepaskan pemain terbabit yang dibeli dari Real Madrid pada harga £59.7 juta. Kehadiran Di Maria ke Liga Perdana Inggeris dengan memecah rekod pembelian pemain tidak menjadi satu pelaburan yang berbaloi kepada United setakat ini. Sejak lima perlawanan sebelum ini, Di Maria hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan. Berikutan itu tidak mungkin pemain terbabit akan meminta dia dilepaskan supaya dapat beraksi di PSG. Kelab gergasi Perancis itu merupakan pesaing utama United untuk mendapatkan Di Maria sebelum ini, namun hasrat mereka terhalang oleh undang-undang Financial Fair Play (FFP). Tetapi, pengendali skuad berkenaan, Laurent Blanc tetapi mahu memiliki pemain sayap terbabit walaupun terpaksa mengeluarkan belanja seperti yang dipertaruhkan United sebelum ini. - Mirror Online