suria

Skuad Piala Sudirman Sasar Layak Ke Suku Akhir

PETALING JAYA: Peringkat suku akhir menjadi sasaran pasukan Malaysia pada kejohanan Piala Sudirman yang akan berlangsung di Dongguan, China bermula  10 hingga 17 Mei ini.

Ketua pasukan,  Datuk Lee Chong Wei berkata, skuad negara bakal membariskan pemain-pemain muda bagi edisi tahun ini untuk memberi pendedahan kepada mereka.

"Bagi kejohanan Piala Sudirman tahun ini kami mensasarkan untuk layak ke peringkat suku akhir.

"Pemain-pemain muda akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini. 

"Saya juga difahamkan Chong Wei Feng juga tidak akan menyertai kejohanan ini untuk memberi peluang kepada pemain-pemain muda," kata Chong Wei pada sidang media selepas majlis penyambungan tajaan bagi tahun kedua di antara XOX Mobile dan BAM di Menara Lien Hoe di sini, Selasa.

Bekas pemain nombor satu dunia itu juga berharap pemain-pemain muda yang akan bertanding pada kejohanan tersebut tidak mensia-siakan peluang yang diberikan itu.

"Saya berharap peluang  ini dapat membantu mereka mempelajari banyak perkara termasuk cara hadapi tekanan semasa pertandingan dan bagaimana untuk mendapat keyakinan semasa beraksi," kata Chong Wei.

Dalam pada itu, Chong Wei juga mengakui beliau sudah bersedia untuk bertanding semula selepas tempoh penggantungannya berakhir pada 1 Mei lalu.

"Saya sudah membuat persediaan beberapa bulan dan saya harap dapat menunjukkan kemampuan sebenar.

"Kami sudah mengetahui saingan pada Piala Sudirman nanti dan membuat persediaan yang lebih terperinci.

"Saya akan memberikan yang terbaik dan fokus kepada perlawanan nanti," tambahnya.

Pasukan Malaysia akan berhadapan pasukan Korea Selatan dan India dalam saingan Kumpulan 1D.

Lee Chong Wei, Piala Sudirman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain