suria

Ranking Malaysia Jatuh Lagi Di Tangga Ke-166 Dunia

Ranking skuad kendalian Dollah (tengah) jatuh ke tangga 166 dunia.

KUALA LUMPUR: Ranking bola sepak negara jatuh dua anak tangga pada kedudukan 166 dunia dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi bulan April-Mei 2015.

Ini menjadikan kedudukan Malaysia setaraf dengan pasukan seperti Guyana (163), Bhutan (163), Dominica (165), Puerto Rico (167) dan Yemen (168).

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Dollah Salleh berada pada ranking 154 pada Januari sebelum turun kepada ranking ke-164 pada April setelah kalah 0-6 kepada Oman dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pasukan seperti Suriname melonjak 14 anak tangga kepada kedudukan 155 dan Dominica naik 12 anak tangga ke kedudukan 165.

Sementara itu Jerman selaku Juara Piala Dunia 2014 kekal di tangga teratas sebagai pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,687 mata, diikuti Argentina(1,494 mata) dan Belgium di tempat ketiga dengan 1,457 mata.

Ranking FIFA meliputi 209 negara.

Ranking dunia FIFA, Malaysia

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain