MEMPHIS DEPAY menyifatkan Manchester United sebagai 'kelab yang sangat diimpikan' selepas pemain terbabit bersetuju untuk berhijrah ke Old Trafford pada Khamis. Depay dijangka akan meninggalkan PSV Eindhoven secara rasmi ada Jun selepas jendela pemindahan pemain dibuka, dan dia akan disahkan sebagai pemain United setelah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan. "Ia sangat mengujakan dan tempoh yang sibuk untuk memilih di antara kelab terkenal, ia bukannya mudah. "Pada saya, Manchester United merupakan kelab yang sangat diimpikan. Oleh itu saya tidak perlukan sesiapa yang bermain di situ untuk mempengaruhi saya. Now it's time to set my goals again on winning trophies with @ManUtd pic.twitter.com/7yYBgZ62Pr— Memphis (@MemphisDepay) May 7, 2015 "Mereka cuma beritahu perkara positif dan saya melihat peluang untuk bermain bersama rakan dari Belanda dan semua bintang Manchester United. "Bermain di bawah kendalian Louis van Gaal juga merupakan bonus bagi saya," jelas Depay. Pemain berusia 21 tahun itu turut tidak menafikan telah mendapat tawaran daripada kelab lain termasuk Liverpool, namun enggan mendedahkan.