suria

Sunderland Lega Benam Everton 2 - 0

LONDON: Dua jaringan penting daripada Danny Graham dan Jermain Defoe membuatkan Sunderland menarik nafas lega apabila berjaya menewaskan Everton 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu. 

Ia adalah kemenangan pertama Sunderland di tempat lawan sejak kejayaan menewaskan Newcastle United 1-0 pada 21 Disember tahun lalu dan meletakkan pasukan bimbingan Dick Advocaat pada kedudukan ke-14 ketika ini.

Everton yang dibimbing Roberto Martinez pula kekal di tangga ke-11 liga dengan mengumpul 44 mata selepas mengharungi 36 perlawanan. 

Skuad The Black Cats mendahului pada minit ke-53 apabila rembatan Jordi Gomez tertampan pada kaki Graham yang mengelirukan Tim Howard sebelum menerjah jaring sebelum Defoe menambah gol kedua lima minit sebelum tamat permainan. - Agensi
Sunderland

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan