MANCHESTER United berjaya berada di zon selamat untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan apabila pencabarnya, Liverpool seri 1-1 dengan Chelsea. Dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu, United berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 terhadap Crystal Palace untuk berkelebihan enam mata di kedudukan keempat di depan Liverpool. Liverpool yang menghuni tangga kelima cuba merapatkan mata dengan United bagi merebut kedudukan keempat liga sekaligus layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Bagimanapun keputusan seri dengan Chelsea telah memberi kelebihan kepada United kerana kedua-dua pasukan kini hanya berbaki dua perlawanan sebelum liga musim ini melabuhkan tirai. Sekiranya United tewas dalam dua perlawanan terakhir manakala Liverpool menang semua perlawanan sekalipun, skuad Louis van Gaal tetapi mampu ke peringkat Eropah kerana mempunyai kelebihan jaringan gol. Sebaliknya United mampu untuk berada di kedudukan ketiga liga dengan mengharapkan kepada kekalahan Arsenal.