PEMAIN baharu Manchester United, Memphis Depay akan tiba di Old Trafford pada Julai ini untuk menandatangani perjanjian penuh selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan. Bagaimanapun pemain Belanda itu terlebih dahulu mendedahkan posisi kegemaran kepada penyokong United yang kini teruja untuk melihat aksinya menyarung jersi kelab tersebut. Walaupun dikatakan akan dibariskan sebagai penyerang bersama Wayne Rooney tetapi Depay lebih gembira jika beraksi di sayap kiri. Pemain berusia 21 tahun itu mendedahkan, dia gemar bermain di bahagian kiri. "Sayap kiri merupakan posisi terbaik saya. "Saya suka posisi ini. Jurulatih (PSV Eindhoven) Philip Cocu beri saya kebebasan dan kadang kala saya di tengah. Oleh itu saya dapat peluang kepada pertahanan kiri untuk naik ke atas," katanya.