ARSENAL gagal meraih mata semasa menjadi tuan rumah ketika menentang Swansea City di Stadium Emirates, London awal pagi Selasa. Ia semuanya disebabkan aksi penuh gaya oleh bekas penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianki yang kini berada dalam skuad Swansea membuatkan mereka gagal memperoleh sebarang gol dan akhirnya menamatkan permainan dengan kekalahan 0-1. Dengan meletakkan Alexis Sanchez dan Olivier Giroud di bahagian hadapan, yang turut disokongan trio Santi Cazorla, Aaron Ramsey dan Mesut Oezil di bahagian tengah, Arsenal tampil domina sejak babak pertama dimulakan. Mereka memperoleh 68 peratus penguasaan bola pada babak pertama. Bagaimanapun, banyak peluang emas yang disia-siakan Arsenal dengan gelaran The Gunners bermula daripada tandukan Giroud pada minit keempat permainan sehingga tendangan jarak dekat Carzola pada minit ke-39. Pengusaan permainan masih menjadi milik Arsenal sebaik sahaja memasuki babak kedua. Sanchez dan Giroud bergilir-gilir cuba memecahkan pertahanan Swansea. Namun, gawang Swansea tetap kukuh dengan aksi bergaya Fabianki. Swansea kemudiannya mengejutkan Arsenal pada lewat jaringan hasil tandukan Bafetimbi Gomis pada minit ke-85. Pada mulanya jaringan tersebut tidak dikira sebagai gol tetapi beberapa minit kemudian pengadil mengubah keputusannya selepas mengesahkannya berdasarkan teknologi garisan gol. Ketinggalan satu gol, Arsenal menaikkan tempo permainan pada lima minit terakhir. Keadaan mendebarkan saat Jack Wilshere membuat percubaan pada masa kecederaan tetapi gagal apabila Fabiansky sentiasa bersedia mengawal gawang daripada dibolosi pihak lawan. Papan skor di Stadium Emirates masih tidak berubah sehingga tamat permainan. Swansea yang memperoleh satu gol membawa pulang dengan tiga mata dalam perlawanan sebagai pasukan tamu menentang Arsenal.